Isnin, 1 September 2014

Chicken Drumstick

Chicken Drumstick
Bahan-bahannya:-
7 ketul peha ayam
4-5 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar
Halia ( kesemua bahan-bahan ini di mesin halus)
Sos tiram
Sos cili
Sos lada hitam
Madu
Serbuk cili
Garam
Gula
Gaulkan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
Cara memasak:
Tekan button HIGH PRESSURE selama 8 minit. Susun ayam dalam periuk noxxa bersama air perapan. Tutup penutup. Alihkan tombol ke PRESSURE dan tekan butang ON. Biarkan di situ sehingga bunyi bip2. Alihkan tombol ke arah STEAM. Kemudian buka penutup dengan putar arah jam. Tekan butang OFF .Tukar ke butang STIR FRY. Dan tekan butang ON. Biar di situ dengan mengalihkan peha-peha ayam tersebut sehingga garing. Lebihan perapan itu akan menjadi sos pada ayam tersebut. Setelah berpuas hati bolehlah di tekan butang OFF dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan