Isnin, 1 September 2014

Chicken Drumstick

Chicken Drumstick
Bahan-bahannya:-
7 ketul peha ayam
4-5 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar
Halia ( kesemua bahan-bahan ini di mesin halus)
Sos tiram
Sos cili
Sos lada hitam
Madu
Serbuk cili
Garam
Gula
Gaulkan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
Cara memasak:
Tekan button HIGH PRESSURE selama 8 minit. Susun ayam dalam periuk noxxa bersama air perapan. Tutup penutup. Alihkan tombol ke PRESSURE dan tekan butang ON. Biarkan di situ sehingga bunyi bip2. Alihkan tombol ke arah STEAM. Kemudian buka penutup dengan putar arah jam. Tekan butang OFF .Tukar ke butang STIR FRY. Dan tekan butang ON. Biar di situ dengan mengalihkan peha-peha ayam tersebut sehingga garing. Lebihan perapan itu akan menjadi sos pada ayam tersebut. Setelah berpuas hati bolehlah di tekan butang OFF dan hidangkan

Spaghetti Goreng Noxxa


Spaghetti Goreng Noxxa
Bahan-bahannya
¼ bungkus spaghetti - tak perlu rebus
1 labu bawang besar – hiris dadu
2 ulas bawang putih – cincang
1 tangkai daun saderi – cincang
½ biji buah tomato dibuang biji – hiris dadu
2 cawan air ( cawan periuk tekanan noxxa )
½ biji cili hijau/lada benggala- cincang halus
½ cili merah/lada benggala – cincang halus
½ biji lobak
Sedikit isi ayam cincang /daging cincang
Minyak, garam, gula dan sos chilli


Cara-caranya
1.Masukkan minyak dalam periuk dan tekan butang “Stir fry” serta ON.  Bila minyak panas tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2.Bila sudah naik bau, masukkan isi ayam atau daging. Goreng hingga garing. Masukkan air, garam serta spaghetti.  Tekan butang “OFF”.
3.Kemudian halakan tombol di “Pressure” dan set masa selama 10 minit  di butang “high pressure” serta tekan “ON”. Setelah masak, tekan butang “OFF” serta buka tudung selepas semua tekanan dibebaskan dan gaul sebati. 
4.Kemudian Tekan butang “Stir Fry” dan masukkan tomato, cili, daun saderi, lobak, gula dan sos chilli.  Kacau sehingga spaghetti betul-betul kering.


Isnin, 25 Ogos 2014

SAC PJ

Gambar ni masa saya buat demo Noxxa Pressure Cooker di SAC PJ.. Best sangat orang-orangnya kat situ sangat sporting... Resepi yang saya ajar diaorang Spaghetti Goreng 10 minit dan Chicken Drumstick 8 Minit..



Khamis, 21 Ogos 2014

Diamond Abd Jalil & Zaimah


Apam Balik Noxxa

Assalamualaikum....
Hari ni saya nak bagi resepi apam balik, dengan pressure cooker noxxa pun boleh buat.. Lepas nie agak-agak teringin nak makan boleh buat sendiri kat rumah.. Tu lah yang bestnya noxxa ni macam-macam boleh buat.

Bahan-bahannya
310ml air
150gm tepung gandum
50gm tepung high protein
25gm tepung jagung
1 biji telur
2 sudu makan krimer/susu tepung
2 sudu makan butter
50gm gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
**Kesemua bahan-bahan ini diblender dan diperap selama 1 jam

Bahan Tabur
Kacang tumbuk
Jagung krim
Gula

** Gunakan Fungsi Stir Fry untuk memasak

SELAMAT MENCUBA...