Spaghetti
Goreng Noxxa
Bahan-bahannya
¼
bungkus spaghetti - tak perlu rebus
1 labu bawang besar –
hiris dadu
2 ulas bawang putih –
cincang
1 tangkai daun saderi –
cincang
½ biji buah tomato dibuang
biji – hiris dadu
2 cawan air ( cawan periuk
tekanan noxxa )
½ biji cili hijau/lada
benggala- cincang halus
½ cili merah/lada benggala
– cincang halus
½ biji lobak
Sedikit isi ayam cincang
/daging cincang
Minyak, garam, gula dan
sos chilli
Cara-caranya
1.Masukkan
minyak dalam periuk dan tekan butang “Stir fry” serta ON. Bila minyak panas tumiskan bawang besar dan
bawang putih.
2.Bila
sudah naik bau, masukkan isi ayam atau daging. Goreng hingga garing. Masukkan
air, garam serta spaghetti. Tekan butang
“OFF”.
3.Kemudian
halakan tombol di “Pressure” dan set masa selama 10 minit di butang “high pressure” serta tekan “ON”.
Setelah masak, tekan butang “OFF” serta buka tudung selepas semua tekanan
dibebaskan dan gaul sebati.
4.Kemudian
Tekan butang “Stir Fry” dan masukkan tomato, cili, daun saderi, lobak, gula dan
sos chilli. Kacau sehingga spaghetti
betul-betul kering.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan