Isnin, 1 September 2014

Chicken Drumstick

Chicken Drumstick
Bahan-bahannya:-
7 ketul peha ayam
4-5 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar
Halia ( kesemua bahan-bahan ini di mesin halus)
Sos tiram
Sos cili
Sos lada hitam
Madu
Serbuk cili
Garam
Gula
Gaulkan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
Cara memasak:
Tekan button HIGH PRESSURE selama 8 minit. Susun ayam dalam periuk noxxa bersama air perapan. Tutup penutup. Alihkan tombol ke PRESSURE dan tekan butang ON. Biarkan di situ sehingga bunyi bip2. Alihkan tombol ke arah STEAM. Kemudian buka penutup dengan putar arah jam. Tekan butang OFF .Tukar ke butang STIR FRY. Dan tekan butang ON. Biar di situ dengan mengalihkan peha-peha ayam tersebut sehingga garing. Lebihan perapan itu akan menjadi sos pada ayam tersebut. Setelah berpuas hati bolehlah di tekan butang OFF dan hidangkan

Spaghetti Goreng Noxxa


Spaghetti Goreng Noxxa
Bahan-bahannya
¼ bungkus spaghetti - tak perlu rebus
1 labu bawang besar – hiris dadu
2 ulas bawang putih – cincang
1 tangkai daun saderi – cincang
½ biji buah tomato dibuang biji – hiris dadu
2 cawan air ( cawan periuk tekanan noxxa )
½ biji cili hijau/lada benggala- cincang halus
½ cili merah/lada benggala – cincang halus
½ biji lobak
Sedikit isi ayam cincang /daging cincang
Minyak, garam, gula dan sos chilli


Cara-caranya
1.Masukkan minyak dalam periuk dan tekan butang “Stir fry” serta ON.  Bila minyak panas tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2.Bila sudah naik bau, masukkan isi ayam atau daging. Goreng hingga garing. Masukkan air, garam serta spaghetti.  Tekan butang “OFF”.
3.Kemudian halakan tombol di “Pressure” dan set masa selama 10 minit  di butang “high pressure” serta tekan “ON”. Setelah masak, tekan butang “OFF” serta buka tudung selepas semua tekanan dibebaskan dan gaul sebati. 
4.Kemudian Tekan butang “Stir Fry” dan masukkan tomato, cili, daun saderi, lobak, gula dan sos chilli.  Kacau sehingga spaghetti betul-betul kering.


Isnin, 25 Ogos 2014

SAC PJ

Gambar ni masa saya buat demo Noxxa Pressure Cooker di SAC PJ.. Best sangat orang-orangnya kat situ sangat sporting... Resepi yang saya ajar diaorang Spaghetti Goreng 10 minit dan Chicken Drumstick 8 Minit..



Khamis, 21 Ogos 2014

Diamond Abd Jalil & Zaimah


Apam Balik Noxxa

Assalamualaikum....
Hari ni saya nak bagi resepi apam balik, dengan pressure cooker noxxa pun boleh buat.. Lepas nie agak-agak teringin nak makan boleh buat sendiri kat rumah.. Tu lah yang bestnya noxxa ni macam-macam boleh buat.

Bahan-bahannya
310ml air
150gm tepung gandum
50gm tepung high protein
25gm tepung jagung
1 biji telur
2 sudu makan krimer/susu tepung
2 sudu makan butter
50gm gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
**Kesemua bahan-bahan ini diblender dan diperap selama 1 jam

Bahan Tabur
Kacang tumbuk
Jagung krim
Gula

** Gunakan Fungsi Stir Fry untuk memasak

SELAMAT MENCUBA...

Rabu, 13 Ogos 2014

Pop Corn Noxxa

Pop Corn!!! pastinya ramai yang gemar makan pop corn semasa menonton movie, drama, anugerah dan lain2.. Biasanya kita belikan.. Hari ni saya nak tunjukkan cara buat pop corn dengan mudah dan pantas hanya 5 minit sahaja.. Kat rumah pun boleh buat tak payah pergi beli kat kedai... Puas hati bila buat dapat makan dengan puas.

Pop Corn
1. 2 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar marjerin.
2. Panaskan periuk menggunakan stir fry sehingga marjerin cair
3. Masukkan 2 genggam jagung popcorn. Gaul kesemuanya.
4. Offkan. Tutup dan set high pressure selama 2 minit... Release pressure, buka penutup dan keluarkan pop corn tersebut.

Karamel
5. 2 sudu minyak dan marjerin, stir fry untuk cairkan minyak dan marjerin.
6. Masukkan 2 sudu besar gula perang.
7. Offkan dulu, kemudian masukkan 2 sudu madu dan kacau.
8. Masukkan pop corn tadi dan gaul mesra, angkat dan sedia untuk dihidang.

Isnin, 11 Ogos 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum... & Selamat pagi....
Sama-sama kita hayati makna Al-Fatihah sebagai panduan..

Ahad, 10 Ogos 2014

AMWAY Dari Kaca Mata Islam

Mengapa AMWAY

Ayam Golek Noxxa


Resepi Ayam Golek Noxxa
1.Seekor ayam diperap sekurang-kurangnya sejam dengan serbuk lada hitam, garam, marjerin, bawang putih, halia, kicap dan madu. 
2.Masukkan ke dalam periuk dan tutup. Set high pressure selama 20 minit.
3.Buka penutup dan off.  Set stir fry untuk mengaringkan ayam.
4.Siap untuk dihidangkan.

***Hasilnya sangat memuaskan ayam masak dengan sempurna, sangat lembut dan tiada darah apabila dipotong walaupun dimasak dalam tempoh yg singkat.


Rabu, 6 Ogos 2014

Dodol 10 minit

 Teruja tak bila dengar dodol boleh masak dalam masa 10 minit?.. Tentu tak percayakan..Dengan Noxxa segalanya semua boleh jadi kenyataan.. First time dengar memang tak percaya tapi bila dah buat.. Ternyata betul,  Dulu masak dodol terpaksa berpanas, berasap dan ambil masa 5,6 jam untuk masak, dengan noxxa bila terasa tekak nak makan dodol boleh terus buat @ beli kat kedai.. Dodol moden nie masak pun boleh duduk depan TV, berkipas dan peluh pun tak sempat keluar.... 


Noxxa

Assalamualaikum...
Noxxa pressure cooker ni saya beli 3 bulan yg lepas. Pertama kali nampak noxxa nie terus teruja nak beli. Mana tak ye semua masak boleh buat mengoreng, stim, panggang, bakar kek dan banyak lagi lah fungsinya... Yang lagi best semua masakan boleh jadi cepat, mudah dan sedap.. Just set kan timing dia masak lah dia xpayah nak tunggu lama-lama lebih-lebih lagi jika kita kesuntukan masa.. Periuk dia tebal, tak melekit dan sangat selamat digunakan..